Berita Terkini

  • Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama

    SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya,

  • Najib Tak Dapat Terima Keputusan Mahkamah Menangkan Peneroka Felda

    SHAH ALAM 3 Sept - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperlekehkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung  kes saman peneroka  Felda Kemahang 3 di Kelantan dianggap sebagai keterlaluan dan menghina mahkamah.

    Justeru itu, Pengerusi  Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata satu lapora

  • Fitnah Senjata Usang Umno Cetuskan Permusuhan Agama

    GEORGETOWN 3 Sept - Tindakan  cybertrooper Umno mengubah suai gambar yang menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyembelih lembu korban bukan sahaja dianggap biadab keterlaluan malah sengaja dirancang dengan motif untuk mencetus sentimen kaum dan agama selain mencemar kesucian bulan Ramadan Al Mubarak.

    Sambil melahirkan rasa kes

  • Umno Giat Fitnah Mahu Laga PAS Dengan DAP

    SHAH ALAM 3 Sept - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berkata tindakan Umno menyerang PAS dan DAP dengan menggunakan senjata fitnah adalah bertujuan memisahkan kerjasama antara kedua parti tersebut.

    Sehubungan itu DPPWP menyangkal tindakan Umno yang terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukkan imej PAS dan Pakatan Rakyat

  • Selcat Dedah 136 Ekar Tanah Kerajaan Negeri Diusahakan Secara Haram Di Bawah Umno-BN

    Oleh Norasikin Samsi

    SHAH ALAM 3 Sept - Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mendapati seluas 136 ekar tanah telah diusahakan secara haram sejak 2002 di bawah pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

    Panel Selcat mendedahkan sebuah syarikat pemaju telah melanggar peraturan dengan mengusahakan&

  • Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

    Oleh Sidiqin Omar

    SHAH ALAM 1 Sept Ogos - Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan t

  • Anwar: KEADILAN Kini Punyai Pimpinan Lebih Mantap, Kukuh

    Oleh Dzulkarnain Taib

    SHAH ALAM 23 Ogos - Ketua Umum KEADILAN yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ahli parlimennya melompat parti manakala seorang lagi dipecat keanggotaannya.

    Sambil mengakui parti menghadapi kesukaran memilih calon yang berwibawa dan seti

Berita Terkini

  • Selangor Disyor Jadikan Jumaat Sebagai Cuti Mingguan

    SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor agar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan menggantikan hari Ahad.

    Badrul atau CheGuBard berkata ini selaras dengan fatwa Mufti Perlis yang mengatakan Islam menggalakkan umat Islam mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti mereka.

    Sebagai permulaaan beliau mencadangkan cuti mingguan pada hari Jumaat boleh dilaksanakan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dahulu.

    "Hasilnya sokongan orang Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai pelbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan negeri.

    "Ini akan membuktikan kepada rakyat tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

    "Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus dilihat dari aspek menggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga. 

    "Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan," ujarnya lagi.

    CheGuBard berkata beliau amat yakin pengumuman cuti dari Ahad kepada Jumaat akan diterjemahkan dalam lonjakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

    Beliau mencadangkan supaya menjadikan Kelantan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti sebagai contoh yang baik diteladani.

    "Islam tidak menetapkan cuti harus pada mana- mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut di mana pada hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus malah Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

    "Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: 'Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula'. (Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat).

    "Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus solat sunat Jumaat dengan penuh rohnya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau menjelaskan roh semangat solat Jumaat seharusnya dijiwai oleh jemaah sesebuah kariah yang berkumpul bagi membincangkan masalah setempat sementara khatib pula menggulungkan khutbah dalam bentuk nasihat dan panduan.

    "Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar-kejar keluar pejabat berebut waktu makan kemudian berkejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur. 

    "Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat yang sepatutunya memberikan ruang bertemu sesama anak kariah," CheGuBard berhujah.

    Malah tambah beliau, solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya. 

    Ini seharusnya dijadikan tradisi dari awal iaitu makan tengahari bersama keluarga sebelum solat Jumaat dan kemudian ke masjid bersama anak serta ayah. 

    CheGuBard berkata suasana sebegini sudah hampir tidak wujud lagi dalam institusi kekeluargaan Islam kini.

    "Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar-kejar pada hari Jumaat.

    "Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika pada hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang. 

    "Bukan satu rahsia bahawa ramai yang keluar awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit atas pelbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat diberikan sebagai cuti dan hari Ahad pula boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan. Cuti hari Jumaat juga menggalakkan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

    Beliau menegaskan cuti pada hari Ahad di negeri yang berjiran dengan Selangor akan memberi sumbangan ekonomi dan sosial kepada Selangor yang bekerja pada hari Ahad. 

    Mereka yang tinggal di negeri berjiran dijangka akan membanjiri Selangor untuk pelbagai urusan kerana negeri tersebut menjadikan Ahad sebagai  hari bekerja. 

    "Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

    "Dengan perubahan cuti pada hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya. 

    "Jumaat adalah untuk ibadat dan Sabtu pula hari keluarga. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas daripada tekanan kerja," ujar beliau. 

    CheGuBard juga berkata waktu kerja boleh dibuat  sedikit perubahan di segi waktu masuk dan keluar. 


  • Ismail Didesak Pastikan Anggota Polis Hormati Hak Asasi Rakyat

    SHAH ALAM 4 Sept - Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyeru bakal Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya melaksanakan penambahbaikan dan reformasi segera terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang kini mempunyai imej buruk di mata masyarakat umum, terutamanya di dalam isu menghormati hak asasi manusia.

    Suaram berkata dalam satu kenyataan media semalam, Ismail perlu memastikan kesemua cadangan Suruhanjaya DiRaja MengenaiPenambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM khususnya dalam hal berkaitan penindasan hak asasi manusia oleh anggota polis dilaksanakan dengan segera.

    "Bakal KPN Ismail Omar perlu memandang berat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan piawaian hak asasi  manusia antarabangsa di kalangan anggota polis. Ini merupakan perkara serius yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 2005 dan juga berdasarkan pemantauan Suaram. 

    "Di bawah pimpinan KPN Musa Hassan selama empat tahun (16 September 2006 sehingga kini), PDRM mempunyai rekod dan reputasi yang teruk di dalam isu hak asasi manusia," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung.

    Suaram berkata statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009. 

    Antara kes yang paling serius adalah kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah dan pemuda 18 tahun, Mohammad Afham Arin oleh polis. 

    "Suaram juga menyeru bakal KPN supaya mendedahkan kepada umum Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan segera selepas menjawat jawatan KPN agar anggota polis akan lebih bertanggungjawab apabila menggunakan senjata api," ujar Heng Lung.

    Tambah Suaram, terdapat 153 kes kematian dalam tahanan polis antara tahun 1999 hingga 2008. 

    Pada tahun 2009, seramai tujuh orang telah mati di dalam tahanan polis antara yang menjadi perhatian umum kematian A Kugan, R Gunasegaran dan Mohd Anuar Sharip. 

    Sehubungan itu badan itu menyeru Ismail untuk memastikan anggota polis mematuhi Akta Kaedah-kaedah Lokap (L.N.3289/1958)(4) supaya hak setiap Orang Kena Tahan (OKT) dihormati.

    "Contoh lain pelanggaran hak asasi manusia yang serius boleh dilihat di dalam tindakan keras anggota polis terhadap peserta perhimpunan aman termasuk perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di mana seramai 589 orang termasuk kanak-kanak telah ditahan. 

    "Penggunaan kekerasan oleh anggota polis untuk menyuraikan peserta perhimpunan awam terutamanya dalam perhimpunan yang bertujuan untuk membantah dasar kerajaan telah menjadi kebiasaan di Malaysia. 

    "Hal ini menunjukkan PDRM tidak menghormati piawaian hak asasi yang turut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan juga telah menyebabkan persepsi umum bahawa PDRM seringkali bertindak sebagai alat pemerintah untuk menekan suara bangkangan terhadap dasar kerajaan," tegas Suaram. 

    Heng Lung berkata, Suaram menggesa KPN baru untuk memastikan semua anggota polis bersifat adil di dalam menjalankan tugas mereka agar persepsi umum dapat diubah. 

    KPN juga mesti memastikan PDRM menghormati piawaian hak asasi manusia antarabangsa semasa mengawal perhimpunan awam.

    "Lebih daripada itu, Suaram berpendirian imej buruk PDRM tidak mampu dipulihkan hanya dengan penggantian KPN. Perubahan struktural, bebas, telus dan adil untuk memantau salah laku anggota polis perlu dilaksanakan dengan kadar segera untuk memastikan akauntabiliti PDRM dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis. 

    "Suaram mengulangi gesaan supaya penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya DiRaja pada 2005 dilaksanakan dengan serta merta," kata badan itu lagi.

     


     


  • Noh Berfikiran Mundur Sekat Kerjasama Kementerian-Kerajaan Negeri

    SHAH ALAM 4 Sept - Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari menyifatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berfikiran mundur dan tidak bersikap profesional kerana menafikan berhubung larangan kepada pegawai kementerian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.

    "Saya ingin memetik kenyataan Noh yang tersiar dalam Sinar Harian 1 September 2010 lalu yang secara jelas  menyatakan bahawa beliau melarang pegawai-pegawai kerajaan daripada agensi  seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (Mardi) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) menghadiri mesyuarat pembangunan Stanco (Jawatankuasa Tetap) atas alasan diperkudakan oleh kerajaan negeri.

    "Hakikatnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan agensi tersebut demi kepentingan petani. Malah, selama ini kerajaan negeri begitu konsisten bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut," jelas Dr Yaakob.

    Berhubung isu Terusan Freeder, beliau berkata, walaupun projek tersebut telah dibincangkan sewaktu kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, namun projek itu telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. 

    Justeru, kata Dr Yaakob lagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk memantau projek itu.

    "Saya mendesak agar projek itu tidak dipolitikkan oleh Noh. Saya juga bersedia menjemput beliau untuk berdialog mengenai isu ini," ujar beliau.


     


Suara Keadilan Mengucapkan Umat Islam Seluruh Malaysia Selamat Menjalani Ibadah Puasa

RM300 Juta Upah Penggodam Halang PR Dalam PRU-13

Oleh Dzulkarnain Taib

 Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300  penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang sebulan, perumahan dan kereta percuma. 

“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.

“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.

Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.

Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu-isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

  Add Comments

Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com

Undian

Perdana Menteri Najib Razak Promosikan 1Malaysia Tetapi Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dilihat Menggagalkannya.





Getting poll results. Please wait...

Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com