Berita Terkini

  • Golongan Bencikan Sikap Kesederhanaan Guna Keganasan Sebagai Strategi Politik

    Oleh Edi Suleiman 

    SHAH ALAM 6 Sept - Kumpulan yang pesimistik terhadap usaha mewujudkan hubungan harmoni antara umat Islam dan dunia Barat atas landasan prinsip kesederhanaan cuba menguasai perdebatan dengan mengapi-apikan sentimen anti-Amerikanisme dan anti-Semitisme di samping menggunakan tindakan keganasan keterlaluan sebagai s

  • Azmin Dicadang Tanding Jawatan Timbalan Presiden

    Oleh Dzulkarnain Taib

    PETALING JAYA 7 Sept - Seramai 20 anggota Parlimen dan Dewan Negara Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mencadangkan Naib Presiden, Azmin Ali bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada Pimilihan Parti 2010 November depan.

    Azmin, kata mereka merupakan tokoh kanan parti yang telah membukti serta m

  • TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia

    Oleh Dzulkarnain Taib

    SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.

    Sema

  • Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?

    Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.

    Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai ya

  • TV3 Tarik Balik Iklan Syirik Setelah Dikritik Hebat

    KUALA LUMPUR 6 Sept - Desakan kuat dan tegas daripada banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat akhirnya memaksa, stesen televisyen swasta berkaitan Umno, TV3 menarik balik iklan kontroversi Aidilfitri itu semalam yang yang telah disiarkan sejak beberapa hari lalu.

    TV3 melalui Buletin Utama pukul 8 malam tadi juga memohon maaf  berh

Berita Terkini

  • Johan Jaafar, Farid Ridzuan Perlu Letak Jawatan

    Oleh Faizal Ezzany

    SHAH ALAM 7 Sept - Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Eksekutif, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan didesak meletakkan jawatan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kecuaian membenarkan penyiaran iklan Aidilfitri yang berunsur syirik sejak seminggu lalu.

    Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik sejak dua hari lalu namun kesan dan pengaruh elemen syirik yang dianjur oleh iklan tersebut dijangka memberi kesan mendalam kepada golongan belia serta kanak-kanak.

    Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang dimiliki oleh Media Prima dianggap tidak langsung mengambil berat tentang isu sensitiviti agama Islam apabila menyiarkan iklan Aidilfitri yang mirip kepada sambutan perayaan Hari Natal.

    Beliau berkata penyiaran iklan tersebut telah menimbulkan bantahan dan kemarahan umat Islam di negara ini malah iklan itu seolah-olah menggalakkan unsur syirik ditengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia.

    "Tindakan TV3 menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan dapat menyelesaikan segala-galanya atau meredakan kemarahan umat Islam tetapi mereka yang berperanan seperti pengurusan tertinggi syarikat perlu mengambil seluruh tanggungjawab ke atas penyiaran iklan itu.

    "Menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan satu jawapan kepada bantahan yang diterima daripada rakyat dan ia tidak tamat disitu sahaja, apa yang pasti dan paling penting adalah Johan Jaaffar serta Farid Ridzuan perlu tampil untuk membuat penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan memohon maaf bagaimana perkara tersebut boleh terlepas.

    "Saya pasti bagi mengembalikan suasana tenang kedua-dua mereka perlu meletak jawatan, ini sebagai tanda mereka mengambil tanggungjawab atas segala apa yang berlaku," tegas Salahuddin kepada Suara Keadilan.

    Salahuddin juga melontarkan persoalan samada firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide menjadi dalang disebalik penyiaran iklan dan adakah Apco juga mahu rencah 1Malaysia dicapai melalui iklan tersebut.

    Beliau juga menyarankan agar kerajaan memantau dengan tegas sebarang iklan yang mempunyai unsur syirik yang boleh memesong akidah umat Islam.

    "Iklan tersebut jelas mempunyai unsur syirik yang mana boleh memesongkan akidah seseorang terutamanya kanak-kanak yang mempunyai sifat keinginan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Kita risau tanpa tindakan segera perkara yang memesongkan ini akan bersemadi di dalam diri kanak-kanak yang mengikuti iklan tersebut.

    "Kita tidak mahu acuan yang digunakan untuk memastikan konsep 1Malaysia ini mendapat perhatian rakyat terus mencemar sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti," ujar beliau lagi.

    Dalam iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu,  sempena sambutan Aidilfitri, TV3 menggambarkan seorang Pak Haji mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan. 

    Penyiaran tersebut menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

    Iklan itu juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha. 

    Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau 'computer generated imaging' (CGI).


  • Kerajaan Pakatan Rakyat Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN

    Oleh Nazar Hashim

    BUKIT MERTAJAM 7 Sept -  Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan sedikit daripadanya kepada rakyat seperti mana yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun.

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan disebabkan ketelusan Pakatan Rakyat, maka Umno-BN menyerang bertubi-tubi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberi ancaman kepada agenda merompak harta rakyat.

    "Jika mereka merompak wang rakyat, balak, tanah dan saham untuk diagihkan kepada kroni bagi memenuhi temolok mereka dan sebahagian daripada itu diagihkan kepada orang miskin bukanlah satu tindakan yang betul.

    "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah jauh bezanya daripada Umno-BN. Kita tidak merompak hak orang lain. Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng memberikan wang penghargaan berdasarkan kepada perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat.

    "Merompak, mengambil hak orang lain, mengagihkan kepada kroni dan penyokong sahaja bukan menjadi amalan dalam mana-mana kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat," tegas Anwar lagi semasa menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam Ahad lalu.

    Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang bagi menerima sumbangan RM100 seorang.

    Sehingga ini seramai 107,625 warga emas telah pun menikmati wang penghargaan tersebut.

    Ia juga menunjukkan peningkatan lebih 25,000 warga emas mendaftar dibandingkan seramai  83,000 warga emas sahaja yang mendaftar sebelum ini.

    Manakala bagi waris kepada warga emas yang kematian ibu dan bapa akan menerima RM1,000 sebagai sumbangan mengurangkan beban yang ditanggung waris.

    Sehingga 24 Ogos 2010, sejumlah 776 pewaris telah menerima sumbangan itu yang melibatkan kos sebanyak RM776,000 yang salurkan melalui sistem i-sejahtera yang diwujudkan oleh kerajaan negeri. 

    "Dalam tempoh yang singkat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya membela nasib rakyat. Sistem pemerintahan yang bijak mampu memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat.

    "Oleh kerana itu sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir beberapa buah negeri harus ditingkatkan lagi bagi mencapai hasrat kita menuju ke Putrajaya," tambah Anwar.

    Turut hadir pada majlis sumbangan tersebut termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman serta Timbalan Ketua Menteri II,  Dr P Ramasamy. 

  • KBGM Jahil Perlembagaan Telah Dipinda 40 Kali Dalam 53 Tahun

    SHAH ALAM 7 Sept - Badan Peguam menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) terhadap Kempen Perlembagaanku adalah akibat kurangnya pemahaman dan maklumat berkenaan kempen tersebut lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Persekutuan. 

    Dalam satu kenyataan media semalam, PresidenBadan Peguam, Ragunath Kesavan berkata kebimbangan KBGM bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu (Buku Panduan Rakyat) yang bersifat menghasut adalah tidak benar sama sekali.

    "Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia memberi makna kepada negara kita. Ia langsung tidak menjadi matlamat Badan Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan. 

    "Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalinkan usahasama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami. Setakat ini, aktiviti-aktiviti kami telah dihadiri dan disokong oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang Ketua Menteri, dua Menteri Besar, Ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat dan pihak lain," jelas Ragunath. 

    Beliau menegaskan kerisauan utama KBGM adalah berhubung kandungan Buku Panduan Rakyat yang mengatakan Perlembagaan boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia. 

    "Ini sememangnya ada dinyatakan di dalam Perlembagaan. Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu.  

    "Secara amnya, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen. Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja," kata beliau lagi.

    Ragunath menolak dakwaan KBGM bahawa kempen tersebut dibiayai oleh NGO asing anti-kerajaan. 

    Beliau menjelaskan kempen PerlembagaanKu tidak mengaut sebarang keuntangan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Badan Peguam Malaysia disamping menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan politik dan bukan politik dan juga rakyat Malaysia. 

    "Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat Malaysia tentang apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan. Ia mengalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung di dalam Perlembagaan. 

    "Dalam hal ini, kami percaya kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama ‘Merakyatkan Perlembagaan’," ujar Ragunath.






Warga Kerja Suara Keadilan Mengucapkan Selamat Pulang Ke Kampung Halaman Dan Patuhi Had Laju Yang Ditetapkan. Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Serahkan Politik Kepada Ahli Politik, Kakitangan Awam Digesa Bersikap Profesional

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim menggesa Ketua-Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri menasihati kakitangan awam yang berkhidmat di negeri Pakatan Rakyat supaya menjalankan tugas secara profesional tanpa perlu melibatkan diri dalam aktiviti politik yang menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika berucap dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 di Dewan Negara Selasa lalu Tunku Aziz berkata, kakitangan kerajaan Pusat yang berkhidmat di negeri Pakatan Rakyat kini menghadapi dilemma samada berkhidmat untuk kerajaan negeri atau mendengar arahan kerajaan Pusat.

"Terma kakitangan kerajaan di dalam Bahasa Inggeris ialah ‘civil servant’ yang sekiranya kita terjemahkannya menjadi ‘orang gaji kepada masyarakat sivil'. Jadi, peranan kakitangan awam ini ialah untuk memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka iaitu kerajaan negeri yang berkuasa – tidak kira sama ada mereka ini daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Ucapan beliau ditujukan kepada isu pertikaian di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan pegawai kemajuan negeri, Nik Ali Mat Yunus yang didakwa cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, kakitangan kerajaan perlu mengetahui keutamaan mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan tidak membuat keputusan untuk melengah-lengahkan arahan kerajaan negeri dengan alasan birokrasi. 

Tegasnya, sekiranya keadaan itu berterusan, pentadbiran kerajaan negeri akan terjejas dan memberikan kesan buruk kepada rakyat.

"Dengan ini saya ingin mencadangkan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan untuk menasihatkan kakitangan mereka supaya tidak bersikap seperti apa yang saya nyatakan. 

"Terapkan sikap telus, bertanggungjawab yang harus ada pada seorang kakitangan kerajaan awam yang berkhidmat untuk rakyat bukan memuaskan nafsu ahli-ahli politik yang tidak mempunyai kuasa sah di dalam kerajaan," jelas Naib Presiden DAP itu.

Tunku Abdul Aziz turut menyentuh mengenai perkhidmatan klinik 1Malaysia yang tidak mempunyai perkhidmatan doktor dan kemudahan perubatan yang mencukupi.

Beliau juga mengulas mengenai dasar baru Kementerian Pelancongan memperkenalkan Visa Ketibaan (VOA) yang mengundang banyak masalah keselamatan.

"Pelaksanaan dasar ini kononnya untuk menggalakkan pelancongan di negara ini. Atas dasar ini, ratus ribuan warganegara India telah didapati ‘hilang’ di dalam rekod imigresen kita. Sekarang ini pun, kita sudah mempunyai banyak kes yang melibatkan pendatang tanpa izin dan kini kita dibebani dengan masalah hasil daripada VOA.

"Sekiranya kita mahu mengesani mereka yang masuk ke negara ini melalui VOA, kos yang terlibat berkali-kali ganda. Pihak yang terlibat akan mengalami kesukaran terutama sekali pihak imigresen dan polis," tegasnya.


  Add Comments


Posted Date : 2010-07-30 11:03:49
by King Mahmood Adam Ex Imigran
 

Jika ada senator Umno sehebat dan setanding bicara dan hujah Tunku Aziz dalam Dewan Negara alangkah hebatnya. Tetapi baik di Dewan Negara mahu pun di Dewan Rakyat wakil-wakil yang mewakili rakyat di Parlimen ini termasuk wakil katak jadi bisu, lesu, bodoh dan bangang sahaja untuk menyatakan pendirian dan berhujah untuk membela nasib rakyat. Mereka dari kalangan bodoh dan bangang ini suka makan gaji bodoh dan datang ke parlimen semata-mata untuk buat tuntutan dan bersantai sahaja. Nasib rakyat tempat mereka wakili dibiatkan dan berkata: pergi jahanam dengan rakyat dan pengundi di kawasan aku!


Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com

Undian

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan hari Jumaat dijadikan cuti minggu menggantikan hari Ahad di Selangor.





Getting poll results. Please wait...

Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com