Berita Terkini

Vincent Tan "Billionaire" Terbaru Dunia

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Proksi dan kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Vincent Tan menjadi hartawan terbaru Malaysia yang dinobat sebagai "billionaire" terbaru dunia bagi tahun 2010.

Selanjutnya

Berita Terkini

  • SPR Tidak Waras Tolak Pilihan Raya PBT

    PULAU PINANG 12 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menolak cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan sebagai tidak masuk akal dan pemikiran cetek daripada sebuah badan bebas yang kononnya bertindak secara profesional.

    Guan Eng yang terkejut dengan sikap yang ditunjukkan SPR menyifatkan alasan yang diberikan badan itu tidak waras dan bukan satu alasan  tidak mempunyai pengalaman mengendalikan pilihan raya PBT bukan sesuatu yang munasabah.

    Jelas beliau lagi sekiranya SPR benar-benar tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pilihan raya itu, banyak saluran dan cara yang boleh dilakukan seperti mendapatkan pendapat dan pendekatan daripada negara-negara yang pernah mengurus pilihan raya seperti ini.

    ”Terdapat 192 negara di dalam dunia ini dan 101 negara telah mengamalkan pilihan raya kerajaan tempatan sejak sekian lama. 

    "Ini bermakna lebih 50 peratus negara di dunia mengamalkan dasar demokrasi yang berteraskan kepada rakyat.Mengapakah Malaysia tidak boleh turut serta seperti 50 peratu  negara yang memberikan hak dan kuasa kepada rakyat memilih pemimpin kerajaan tempatan,” soal beliau.

    Guan Eng yang bercakap pada sidang media di pejabat semalam memberitahu bahawa beliau dan kerajaan negeri akan tetap dengan pendirianya mahu mengadakan pilihan raya PBT dan sekiranya perlu beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

    Tambah Ketua Menteri dengan terlaksananya pilihan raya PBT langkah itu mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ahli majlis kerana mereka akan bekerja lebih kuat dan meningkatkan akauntibiliti dalam menjalankan tugas.

    Sementara itu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy berkata alasan yang diberikan sukar diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Beliau berkata pilihan raya ini adalah satu ujian kepada SPR bagi menunjukkan samada ia dianggap "Pak Turut” yang mengikuti semua arahan Umno dan Barisan Nasional.

    Pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak tahun 1960-an di mana pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT tidak lagi dipilih rakyat di kawasan terbabit.

    Mereka kini dilantik oleh kerajaan negeri dan langkah ini telah menimbulkan masalah kepada rakyat lantaran prestasi dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.


  • Pulau Pinang Tetap Tegas Isu Pilihan Raya PBT

    PULAU PINANG 12 Mac - Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertegas untuk tetap mengusulkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tedimansuhkan pada 1965 walaupun mendapat halangan daripada kerajaan pusat untuk mengembalikan semula hak undi ketiga itu kepada rakyat.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Chow  Kon Yeow berkata perkara ini sudah diusulkan sebanyak 3 kali se Mei 2008 di Dewan Rakyat dan melalui surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Namun usul itu tidak diendahkan dengan alasan kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan pilihan raya PBT.

    Isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diusulkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menyatakan tidak perlu diadakan pemilihan PBT kerana akan wujudnya politiking.

    Mengulas kenyataan Najib tersebut Chow berkata politiking akan tetap berlaku dan tidak dapat dielakkan kerana tanpanya kerajaan tidak akan seimbang dari segi undang-undang dan politik.

    "Pendirian kami untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan adalah muktamad kerana sewaktu pilihan raya Mac 2008 Pakatan Rakyat sudah berjanji kepada rakyat untuk mengembalikan pilihan raya tersebut," kata beliau Selasa lalu.

    Menurut beliau kerajaan negeri Selangor dan NGO berkaitan telah memberi maklumbalas yang yang baik terhadap isu ini dan menyokong usul tersebut. 

    Malah Selangor turut meminta Pulau Pinang menghantar laporan berkenaan isu itu untuk dikaji dan diteliti.

    Dua kumpulan kerja yang diterajui oleh aktivis terkenal Pulau Pinang Datuk Anwar Fazal dan Dr Goh Ban Lee turut mencadangkan kempen berterusan dijalankan agar rakyat dapat berbincang secara terbuka mengenai isu ini di forum kerajaan tempatan bagi mendapat pandangan rakyat.

    Perkembangan isu ini kini dipantau oleh Institut Kajian Sosio-Ekonomi dan Alam Sekitar atau SERI.

    Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pilihan raya PBT adalah satu usaha untuk mengembalikan hak rakyat dan memulihkan kerajaan tempatan.

  • BN Salahguna Polis Kekang PR

    Oleh Qayum Rahman

    SEBERANG JAYA 11 Mac - Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

    Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

    "Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.

    "Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

    Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

    Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

    Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

    Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.

    "Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

    "Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Pakatan Rakyat akan mengadakan Sambutan Ulangtahun Ke-2 di Pulau Pinang pada 10 Mac 2010 (Rabu), jam 8.30 malam–12.00 malam bertempat di Tapak Expo Seberang Jaya. Antara penceramah yang hadir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Abdul Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Karpal Singh

SPR Tidak Waras Tolak Pilihan Raya PBT

PULAU PINANG 12 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menolak cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan sebagai tidak masuk akal dan pemikiran cetek daripada sebuah badan bebas yang kononnya bertindak secara profesional.

Guan Eng yang terkejut dengan sikap yang ditunjukkan SPR menyifatkan alasan yang diberikan badan itu tidak waras dan bukan satu alasan  tidak mempunyai pengalaman mengendalikan pilihan raya PBT bukan sesuatu yang munasabah.

Jelas beliau lagi sekiranya SPR benar-benar tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pilihan raya itu, banyak saluran dan cara yang boleh dilakukan seperti mendapatkan pendapat dan pendekatan daripada negara-negara yang pernah mengurus pilihan raya seperti ini.

”Terdapat 192 negara di dalam dunia ini dan 101 negara telah mengamalkan pilihan raya kerajaan tempatan sejak sekian lama. 

"Ini bermakna lebih 50 peratus negara di dunia mengamalkan dasar demokrasi yang berteraskan kepada rakyat.Mengapakah Malaysia tidak boleh turut serta seperti 50 peratu  negara yang memberikan hak dan kuasa kepada rakyat memilih pemimpin kerajaan tempatan,” soal beliau.

Guan Eng yang bercakap pada sidang media di pejabat semalam memberitahu bahawa beliau dan kerajaan negeri akan tetap dengan pendirianya mahu mengadakan pilihan raya PBT dan sekiranya perlu beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Tambah Ketua Menteri dengan terlaksananya pilihan raya PBT langkah itu mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ahli majlis kerana mereka akan bekerja lebih kuat dan meningkatkan akauntibiliti dalam menjalankan tugas.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy berkata alasan yang diberikan sukar diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata pilihan raya ini adalah satu ujian kepada SPR bagi menunjukkan samada ia dianggap "Pak Turut” yang mengikuti semua arahan Umno dan Barisan Nasional.

Pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak tahun 1960-an di mana pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT tidak lagi dipilih rakyat di kawasan terbabit.

Mereka kini dilantik oleh kerajaan negeri dan langkah ini telah menimbulkan masalah kepada rakyat lantaran prestasi dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.


Pulau Pinang Tetap Tegas Isu Pilihan Raya PBT

PULAU PINANG 12 Mac - Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertegas untuk tetap mengusulkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tedimansuhkan pada 1965 walaupun mendapat halangan daripada kerajaan pusat untuk mengembalikan semula hak undi ketiga itu kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Chow  Kon Yeow berkata perkara ini sudah diusulkan sebanyak 3 kali se Mei 2008 di Dewan Rakyat dan melalui surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Namun usul itu tidak diendahkan dengan alasan kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan pilihan raya PBT.

Isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diusulkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menyatakan tidak perlu diadakan pemilihan PBT kerana akan wujudnya politiking.

Mengulas kenyataan Najib tersebut Chow berkata politiking akan tetap berlaku dan tidak dapat dielakkan kerana tanpanya kerajaan tidak akan seimbang dari segi undang-undang dan politik.

"Pendirian kami untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan adalah muktamad kerana sewaktu pilihan raya Mac 2008 Pakatan Rakyat sudah berjanji kepada rakyat untuk mengembalikan pilihan raya tersebut," kata beliau Selasa lalu.

Menurut beliau kerajaan negeri Selangor dan NGO berkaitan telah memberi maklumbalas yang yang baik terhadap isu ini dan menyokong usul tersebut. 

Malah Selangor turut meminta Pulau Pinang menghantar laporan berkenaan isu itu untuk dikaji dan diteliti.

Dua kumpulan kerja yang diterajui oleh aktivis terkenal Pulau Pinang Datuk Anwar Fazal dan Dr Goh Ban Lee turut mencadangkan kempen berterusan dijalankan agar rakyat dapat berbincang secara terbuka mengenai isu ini di forum kerajaan tempatan bagi mendapat pandangan rakyat.

Perkembangan isu ini kini dipantau oleh Institut Kajian Sosio-Ekonomi dan Alam Sekitar atau SERI.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pilihan raya PBT adalah satu usaha untuk mengembalikan hak rakyat dan memulihkan kerajaan tempatan.

BN Salahguna Polis Kekang PR

Oleh Qayum Rahman

SEBERANG JAYA 11 Mac - Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.

"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.

"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Tangkap Mazlan Halang Skandal Felda Didedahkan

RAUB 11 Mac - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau Selasa lalu.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 10:30 pagi seterusnya dibebaskan oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Semasa dihubungi Suara Keadilan Mazlan berkata beliau didakwa  mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas tuduhan menceroboh kawasan Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.

"Sekatan dan halangan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menghalang saya daripada menyampaikan maklumat dan fakta sebenar mengenai isu-isu semasa kepada peneroka Felda," kata Mazlan.

Beliau diberitahu terdapat surat pekeliling yang telah dikeluarkan menghalang beliau memasuki kawasan Felda di seluruh negara.

Mengulas mengenai penahanan Mazlan, Timbalan Pengerusi III KEADILAN Negeri Pahang Ram Ponusamy berpendapat penangkapan Mazlan ini telah dirancang lebih awal oleh pihak tertentu.

"Ada pemimpin-pemimpin besar tertentu khususnya Umno-BN yang ingin menghalang Mazlan dari terus bersuara membangkitkan isu dan masalah Felda dan menghalang proses demokrasi.

"Sudah tentu bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat malahan rakyat Pahang khususnya peneroka Felda juga tidak gembira dengan perkembangan semasa.

"Ini kerana Mazlan sebagai anak peneroka FELDA sudah tentunya mempunyai dokumen dan bukti kukuh yang menyebabkan Umno-BN menjadi tidak senang duduk dan akhirnya menggunakan polis untuk menahan beliau dari terus bersuara", tegas Ram. 

Jika sabit kesalahan Mazlan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar Pohon Semakan Semula Dan Petisyen Rayuan

Oleh Fazilah Sahir

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan semakan semula ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan 8 Mac lalu berhubung pembatalan keputusan  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Menurut peguambela Anwar, Sankara Nair permohonan semakan itu dibuat berdasarkan Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.

"Permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah dibuat di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan 3 petang tadi," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Suara Keadilan semalam.

Pada 8 Mac lalu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga anggota memutuskan keputusan diambil oleh dua mahkamah rendah sebelum ini adalah betul.

Dua hakim yang turut mendengar rayuan Anwar ialah Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof.

Kes itu difailkan oleh Anwar pada 13 Nov 1998 susulan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.

Namun pada tarikh yang sama Dr Mahathir menggunakan satu deklarasi untuk memecat Anwar atas kuasa beliau sebagai Perdana Menteri tanpa mengikut peruntukan dan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu Sankara turut memfailkan petisyen rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini berhubung keengganan hakim Mahkamah Tinggi Zainal Abidin Mohd Diah menarik diri daripada perbicaraan kes Konspirasi II terhadap Anwar.

Pada 8 Februari lalu Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

PR Runtuhkan Tembok Perkauman BN

Oleh Qayum Rahman

NIBONG TEBAL 11 Mac - Politik lapok dan usang Umno-Barisan Nasional yang memainkan isu perkauman semakin jelas ditolak rakyat serta tidak memberi sebarang kesan setelah munculnya politik Pakatan Rakyat yang mengenengahkan kesatuan dan kepelbagaian kaum.

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman yang dibina BN sejak 52 tahun memerintah dan menawarkan perubahan yang mampu menyatukan semua kaum serta membangun semula kerangka politik negara yang berasaskan prinsip keadilan dan ketelusan.

"Politik baru yang kita bawa menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk bersama semua kaum bagi menjayakan diri dalam agenda politik merangkumi pelbagai kaum.

"Tawaran politik Pakatan Rakyat sekaligus menolak tawaran lama BN yang melagakan pelbagai kaum agar rakyat tidak bersatu agar mereka boleh melaksanakan dasar kejahatan mereka," katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata Umno dan BN telah lama merancang mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat memberi impak besar ke atas dasar ciptaan BN dan justeru itu BN merancang pelbagai strategi berlandaskan kezaliman untuk menjatuhkan keteguhan gagasan itu.

Menurut Saifuddin lagi politik perkauman yang diamalkan BN telah memberi kesan buruk terhadap jurang perkauman negara sehingga menyebabkan perbalahan sesama kaum.

"Umno dan BN telah banyak menyentuh isu perkauman yang sensitif sehingga berlaku perbalahan yang boleh memudaratkan negara. Umno  sengaja mahu merosakkan pertalian perkauman di negara ini.

"Yang hairannya tidak ada sebarang tindakan polis yang diambil dan siasatan terhadap makhluk-makhluk Umno ini walaupun mereka telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan," jelasnya. 

Tambah Saifuddin BN bimbang atas kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan pelbagai kaum dalam satu parti sehingga berjaya menguasai politik semasa dan bakal menguasai pentadbiran kerajaan pusat kelak.

"Kejayaan kita bersatu dikhuatiri BN menyebabkan mereka tidak  berdiam diri memikirkan bagaimana menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

"Isu perkauman yang dimainkan oleh mereka kini menghantui mereka kembali setelah rakyat sedar dan terlalu benci kerana mereka telah memusnahkan negara ini dengan penyelewengan mereka," katanya lagi.

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun

Oleh Qayum Rahman

SEBERANG JAYA 11 Mac - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.

"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.

"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.  

Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.

Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.

"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.

"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi. 

Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.

"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.

"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi.

 


Soalsiasat Polis Tindakan Terdesak Najib, Rosmah

Oleh Rusnizam Mahat

PETALING JAYA 11 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak polis menyoalsiasat beliau berhubung siri ceramah yang beliau sampaikan kepada rakyat sebagai langkah terdesak Perdana Menteri sehingga terpaksa memperalat polis untuk mengugut pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar hari ini didatangi tiga pegawai polis dari Pulau Pinang dan dua dari Cawangan Khas Bukit Aman untuk menyoalsiasat beliau berhubung ucapannya di empat majlis Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan lalu.

Anggota polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.25 pagi.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu tindakan keras polis beberapa minggu ini terhadap pimpinan Pakatan Rakyat merupakan satu bentuk ugutan yang dilakukan atas arahan politik Perdana Menteri. 

Tegasnya Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa memperalatkan polis untuk mengganggu perjalanan proses demokrasi di negara ini. 

"Soalnya mengapa Najib dan Rosmah memilih tekanan begini keras. Saya jawab tentunya kerana rasa terdesak. Pemimpin otoritar atau diktator di mana-mana sekalipun sebaik merasakan kesan kemarahan rakyat akan memilih cara ganas dengan memperalatkan institusi pemerintah termasuk polis untuk menekan dan mendera rakyat. 

"Kalau ini caranya saya nak bagi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat, ia sedikitpun tidak mengganggu kita.

"Soalnya yang dikaitkan dalam laporan polis itu kerana menyentuh isu pembunuhan Altantuya, enjin jet pesawat hilang, isu kapal selam Scorpene, kenapa pula isu ini jadi masalah kepada polis, ini adalah isu politik, biar kita tangani dengan cara politik," kata beliau pada sidang akhbar selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun Anwar berkata beliau telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis semasa sesi soalsiasat itu namun berharap pihak polis menjalankan tugas mereka secara profesional.

"Saya lihat sikap polis di peringkat ini tidak ada masalah, mereka hanya menjalankan tugas. Sebab itu saya memilih bersikap baik dan sopan manakala mereka juga bersikap baik dan sopan terhadap saya. Tetapi bantahan kita ialah terhadap ganggguan polis yang telah diperalatkan oleh pimpinan Umno.

Tambah Anwar jika beliau disabitkan dengan tuduhan dan didapati bersalah, beliau berhadapan dengan sabitan hukuman penjara, denda atau hukuman terlucut jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Puluhan siasatan dilakukan, kalau tanya apa yang berlaku, kalau ikut hukum dan bersandarkan keterangan, tidak ada kesalahan dilakukan, negara Malaysia ini harus ikut negara hukum, bukan hukum rimba.

"Ini muslihat jahat pimpinan politik tetapi saya tidak fikir semudah itu kerana kita akan pertahankan dan lawan sekiranya ada pertuduhan di mahkamah nanti," tegasnya.

Selain beliau beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat turut disiasat sebelum ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim GUan Eng, Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub serta Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah.

Anwar disiasat di bawah seksyen 112, Kanun Acara Jenayah berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap beliau mengenai kandungan ceramah beliau di Kampung Baru (Bukit Mertajam), Batu Maung, Kepala Batas dan Kubang Semang, Pulau Pinang.

Tiga laporan itu dibuat oleh pihak polis dan satu dari orang awam bersabit siri ucapan yang disampaikan di tiga majlis sambutan Tahun Baru Cina  dan satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat.




Polis Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN

PETALING JAYA 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disoalsiasat lima pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Pegawai polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN pukul 11.25 pagi dan menemubual Anwar di tingkat tiga.

Semasa soalsiasat Ketua Pembangkang itu ditemani oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa selaku peguam dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin.

Difahamkan polis mengambil keterangan daripada Anwar berhubung empat laporan polis dari Batu Maung, Kepala Batas, Kampung Baru (Bukit Mertajam) dan Kubang Semang terhadap ceramah beliau di Pulau Pinang.

Anwar dijangka mengadakan sidang media selepas memberi keterangan beliau kepada pihak polis.


Populariti Najib Menjunam - TV3

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.
 
Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

 “Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.    

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.

Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com

Undian

Umno Didakwa Dalangi Tindakan Keluar Parti Ahli Parlimen KEADILAN Dengan Imbuhan Kewangan





Getting poll results. Please wait...

Iklan

  • Hubungi Untuk Iklan : suara.editor@gmail.com